Monday, 15 September 2014

langkah-langkah meningkatkan budi bahasa

Marcapada ini,amalan budi bahasa dalam masyarakat negara kita semakin luntur. Hal ini dikatakan demikian kerana sikap ibu bapa yang tidak prihatin terhadap kepentingan amalan berbudi bahasa dalam diri anak-anak mereka.Jika amalan budi bahasa ini tidak dipupuk maka negara kita akan dahagakan masyarakat yang saling bersatu padu.Oleh itu,amalan berbudi bahasa ini haruslah dipupuk sejak di bangku sekolah lagi kerana ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.Peranan daripada pelbagai pihak amat penting dalam usaha untuk meningkatkan kesantunan berbahasa di Malaysia yang berbilang kaum.Dalam konteks ini ,peranan vital yang dimainkan oleh institusi keluarga untuk menyuntik amalan berbudi bahasa yang luhur dalam sanubari dan jiwa raga generasi muda yang bakal menerajui pelapis kepimpinan negara memang tidak dapat dinafikan.Bagaimanakah cara-cara untuk memupuk amalan budi bahasa ini daripada terus hilang dimamah zaman?
Dalam usaha untuk meningkatkan kesantunan berbahasa di negara kita,ibu bapalah yang memainkan peranan yang penting untuk mendidik anak-anak sejak kecil.Dengan adanya didikan ibu bapa,maka anak akan memiliki amalan budi bahasa dalam diri sendiri mereka.Selain itu,ibu bapa juga harus menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka.Contohnya,apabila ibu bapa menghormati orang tua di hadapan anak mereka,anak mereka akan secara semula jadinya mengikuti perbuatan ibu bapa mereka kerana ‘bapa borek anak rintik’.Ibu bapa harus menasihati anak mereka supaya menghormati ahli keluarga yang lebih tua seperti datuk dan nenek.Mereka juga perlu mengajar anak supaya menggunakan panggilan yang betul semasa berada di rumah.Ibu bapa mestilah sentiasa membawa mereka untuk mengikuti program seperti kempen dan ceramah yang dianjurkan oleh pihak tertentu yang menjurus kepada usaha untuk memupuk nilai-nilai murni.Jika ibu bapa hanya mengambil ringan akan masalah yang sedang melanda negara kita sekarang maka negara kita akan mengalami satu masalah besar yang akan menyerang negara pada masa akan datang bak kata pepatah’api kecil baik dipadam’.Oleh itu,peranan ibu bapa dalam menangani masalah ini amat diperlukan kerana setiap pembelajaran itu bermula dari rumah dan ibu bapa haruslah sabar dalam mendidik anak-anak kerana ‘belakang parang jika diasah tajam juga’.

            Selain pihak ibu bapa,pihak sekolah juga memainkan peranan untuk meningkatkan amalan budi bahasa di negara kita.Pihak sekolah seperti kelab bimbingan dan kauseling boleh memberi nasihat kepada pelajar agar sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni seperti rajin,tanggungjawab dan sebagainya dalam rutin kehidupan mereka.Cara ini dapat membolehkan pelajar menjadi pelajar yang cemerlang.Guru haruslah memberi didikan moral kepada murid supaya mereka dapat menghayati 36 nilai murni yang terkandung dalam sukatan pelajaran Pendidikan Moral misalnya nilai amanah,nilai kesederhanaan dan lain-lain.Nilai-nilai moral dapat menjadikan pelajar sebagai seorang modal insan yang berakhlak mulia dan juga beradab sopan.
Bekas Perdana Menteri,Tun Dr.Mahathir Mohamed pernah menyatakan bahawa kita perlu mencontohi sikap masyarakat Jepun.Walaupun negara mereka semakin maju, namun, masyarakatnya masih mengekalkan nilai-nilai murni di samping mengamalkan budaya dan adat resam bangsa mereka. Mereka percaya bahawa dengan mengenali asal usul bangsa serta keindahan bahasa dan budaya mereka, mereka dapat melahirkan rakyat yang tinggi semangat cinta akan negaranya.Semangat inilah yang membawa negara mereka kepada kemajuan kerana rakyatnya sanggup berkorban jiwa dan raga demi negara yang tercinta.Jelaslah bahawa dalam usaha untuk memupuk amalan budi bahasa,sekolah memainkan peranan yang penting juga

            Seterusnya,pihak kerajaan memainkan peranan dalam meningkatkan kesantunan berbahasa di negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti orang Melayu,orang Cina dan juga orang India.Pihak kerajaan boleh mengadakan kempen kesedaran atau ceramah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat supaya mereka dapat menyedari bahawa betapa penting sesebuah masyarakat perlu mengamalkan amalan budi bahasa.Hal ini dikatakan demikian kerana kempen-kempen yang diadakan mampu menyedarkan masyarakat tentang kepentingan amalan ini dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita.Masyarakat pada hari lebih mudah dipengaruhi dan dikuasai dengan kempen-kempen yang diadakan.Contoh kempen yang boleh dianjurkan untuk meningkatkan kesantunan berbahasa ialah Kempen Budi Bahasa dan Marilah Berbudi Bahasa. Kempen budi bahasa dan nilai-nilai murni ini merupakan agenda penting kerajaan untuk menyemarakkan dan menyemai semula budi bahasa dan nilai-nilai murni ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Kempen ini haruslah dilakukan secara berterusan dan janganlah sekadar ‘hangat-hangat tahi ayam’.
Kita telah menjadikan amalan budi pekerti sebagai satu asas dan tunjang dalam pelbagai dasar dan falsafah pembangunan negara,dari Rukun Negara sehinggalah kepada Wawasan 2020. Pada 27 Januari 2006, Menteri Penerangan, Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir telah melancarkan Kempen Rukun Negara yang merupakan anjuran Kementerian Penerangan Malaysia.Jelaslah bahawa aspirasi kita dalam bidang pembangunan minda dan rohaniah tidak sejajar dengan realiti kehidupan kita masa kini.Pada 11 Februari 2005,Kementerian Kebudayaan dan Warisan (KEKWA) telah melancarkan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni.Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni sama sekali tidak diwujudkan kalau masyarakat kita berbudi bahasa selayaknya. Terdapat kajian yang telah didapati iaitu Kuala Lumpur telah menjadi bandar raya yang kedua paling biadab.Kajian ini amat membimbangkan.Oleh itu,kempen seumpama ini haruslah diadakan secara berterusan serta giat dan bukannya sekadar ‘melepaskan batuk di tangga’.Oleh itu,diharapkan kempen yang bersungguh-sungguh ini dapat menyemarakkan dan menyemai semula budi bahasa dan nilai-nilai murni dalam jiwa setiap rakyat Malaysia serta meletakkan budi pekerti sebagai satu asas dan tunjang dalam kehidupan seharian kita.
           
            Langkah yang boleh dilakukan untuk membanteras masalah ini ialah melalui media massa.Pada zaman yang menuju puncak ini,semua informasi-informasi yang berlaku di dunia ini mudah didapati kerana kemudahan seperti internet,televisyen dan banyak lagi memberi kita peluang untuk menerokai hal-hal yang berlaku pada masa sekarang.Video atau iklan yang ditayangkan melalui media massa seperti televisyen berupaya untuk mempengaruhi sikap seseorang.Oleh hal demikian,sudah tentulah usaha untuk memupuk nilai murni ini boleh dilakukan melalui media massa.Untuk merealisasikan impian ini,pihak media massa haruslah bekerjasama dalam menjayakan program ini dan sentiasa berjuang untuk kedaulatan negara.Seperti yang sedia kita maklum,televisyen menjadi daya tarikan yang popular dalam kalangan masyarakat di negara kita.Oleh itu,pihak syarikat televisyen haruslah sentiasa memaparkan kebaikan budi bahasa dan kepentingan nilai-nilai murni melalui iklan-iklan di televisyen.Jika pihak media massa tidak bekerjasama dalam mengatasi masalah ini maka amat sukar untuk mewara-warakan masalah yang sedang dihadapi ini kepada masyarakat.Oleh itu, pihak media massa menjadi tempat untuk mendapatkan pertolongan bagi menyelesaikan masalah ini bak kata pepatah’yang berpayung yang ditembak’.

            Masyarakat Malaysia tanpa mengira agama,bangsa dan budaya haruslah memberikan kerjasama kepada pihak kerajaan yang telah berusaha untuk menggunakan pelbagai jenis cara untuk meningkatkan kesantunan berbahasa di negara kita.Masyarakat sepatutnya mengamalkan nilai bekerjasama dan sanggup bertolak ansur untuk mengelakkan perselisihan faham dan pertelingkahan berlaku.Penerapan nilai-nilai ini dalam diri masyarakat dapat menjadikan Malaysia sebagai negara yang aman dan damai.Masyarakat generasi yang lebih tua yang mengamalkan amalan budi bahasa juga dapat mempengaruhi sikap generasi muda pada hari ini.Masyarakat pada hari ini harus mengamalkan amalan senyum kepada orang lain tanpa mengira kaum.Senyum merupakan satu aksi yang paling mudah.Malah budi bahasa yang paling asas iaitu melemparkan senyuman dan mengucapkan terima kasih masih sukar dilihat dalam masyarakat kini.Pihak berkuasa boleh mengadakan kempen 'Kenali Saya' bagi anggota penguatkuasaan dan perkhidmatan kaunter supaya mengamalkan budaya senyum, memperkenalkan diri dan mengucapkan terima kasih.Apabila seseorang itu senyum,orang itu akan nampak mesra dan beradab sopan.Tegasnya,masyarakat berbilang kaum harus berganding bahu bersam untuk meningkatkan kesantunan berbahasa di negara kita.

            Sudah terang lagi bersuluh bahawa dapat disimpulkan bahawa amalan budi bahasa amat mustahak untuk negara mencapai taraf negara maju. Pepatah peribahasa ‘yang merah itu saga,yang kurik itu kendi,yang indah itu bahasa,yang elok itu budi’,bermaksud kepentingan berbudi bahasa dalam kehidupan masyarakat kita.Pepatah ini juga mengatakan bahawa budi bahasa tidak boleh dijual beli dengan sesuka hati.Kita haruslah bersatu padu dalam menangani masalah keruntuhan amalan budi bahasa yang kian serius dalam kalangan masyarakat di negara ini.Semua pihak mestilah memainkan peranan yang penting dalam memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat,bak kata pepatah’bersatu kita teguh,bercerai kita roboh’.Kita haruslah memupuk amalan berbudi bahasa ini di dalam diri kita kerana tidak rugi seseorang itu yang mempunyai nilai-nilai murni kerana ‘hancur badan dikandung tanah,budi baik dikenang juga’.Menjelang tahun 2020, tabiat buruk seperti kegiatan gengsterisme dan bercakap kasar sudah hapus dalam pemikiran setiap rakyat Malaysia supaya negara akan lebih cemerlang,gemilang dan terbilang.Biarlah pepohon terus bergoyang, biarlah matahari terus bersinar dan biarlah negara Malaysia terus disegani kerana ketinggian budi bahasa rakyatnya.

18 comments :

  1. hI, IM DOING PROJECT PAPER RELATED THIS TOPIC. WOULD BE ABLE TO ASSIT ME ON THIS? sheema_8758@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. Terbaikk..karangan nhe..boleh guna buat jawab paper stpm

    ReplyDelete
  3. Hi, saya minta izin utk guna essay akak sebagai panduan.

    ReplyDelete
  4. tq,saya minta izin guna akk punya contoh ni buat karangan,hehehe

    ReplyDelete
  5. terbaik . saya guna untuk homework hahaha

    ReplyDelete
  6. Thanks..nak tiru sikit buat rujukan utk hw krgn..hehehe

    ReplyDelete
  7. i refer untuk buat karangan ye

    ReplyDelete
  8. Terima kasih. Saya jadikan reference untuk buat karangan ye

    ReplyDelete
  9. Mintk izin untuk refer buat karangan, terima kasih

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum..mohon izin kongsikan nota ini dengan murid - murid ...terima kasih

    ReplyDelete