Monday, 15 September 2014

Langkah-langkah memartabatkan bahasa Melayu

Guru-guru di sekolah sepatutnya mengingatkan pelajar supaya membuat karangan atau penulisan dengan menggunakan standard ejaan yang telah ditetapkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP)untuk memartabatkan bahasa Melayu di peringkat serantau dan antarabangsa.Selain itu,DBP boleh memantau kesalahan tatabahasa dan mengambil tindakan yang sewajarnya.Jabatan kerajaan harus menggesa semua urusan rasmi digunakan dalam bahasa ibunda.Idea Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik(PPSMI)juga harus dilupuskan dan digantikan dengan Memartabatan Bahasa Malaysia dan Memperkasakan Bahasa Inggeris(MBMMBI).DBP juga harus melaksanakan pelbagai aktiviti yang dapat menggapai minat terhadap bahasa Melayu.Aktiviti seperti ‘Sukailah dan Sayangilah Bahasa Melayu’ harus dilaksanakan oleh DBP untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai ‘jiwa bahasa’ dalam sanubari masyarakat.Sikap seseorang amat penting dalam usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu.Seseorang yang berbahasa Melayu dengan fasih dan petah boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu tidak kira di mana seseorang itu berada.Kita haruslah memupuk minat untuk mempelajari dan bertutur dalam bahasa Melayu.Kita juga boleh memartabatkan bahasa Melayu dengan melibatkan diri dalam komuniti atau masyarakat.Kita boleh menyertai bengkel yang diadakan untuk mempromosikan bahasa Melayu yang dianjurkan oleh masyarakat.
            Semua jabatan juga boleh memasukkan modul bahasa,penulisan dan persuratan dalam program amsing-masing.Media massa seharusnya melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai ejen pemantapan bahasa yang baik dalam penyiaran program di televisyen atau radio.Di sekolah,pelaksanaan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran ilmu,selaras dengan perancangan yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Pelajaran Razak 1956.Masyarakat seharusnya tidak boleh menggunakan singkatan dalam sms.DBP memainkan perann yang amat penting dalam usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan di negara kita.Bahasa Melayu haruslah digunakan dalam pelbagai bidang contohnya dalam bidang ekonomi juga.Seluruh pekerja DBP perlu merupakan teladan yang terbaik dengan menggunakan bahasa Melayu dengan betul dalam semua ucapan rasmi seperti dalam setiap mesyuarat.DBP juga harus menjadi monitor dan menggerakkan semua aktiviti pembinaan dan pemantapan bahasa kebangsaan di seluruh negara.Dalam usaha ini,DBP harus sentiasa menasihati kakitangan kerajaan dan media massa supaya menggunakan bahasa Melayu dengan betul dan tepat dalam semua urusan rasmi.
            Mahasiswa dan mahasiswi institut pengajian tinggi perlu bersikap aktif dalam memartabatkan bahasa Melayu.Pelancaran kempen Minggu Bahasa Melayu di sekolah atau di institut akan menarik minat pelajar dan memupuk minat dalam diri pelajar.Kempen seperti Minggu Bahasa Melayu dapat mendaulatkan bahasa ibunda iaitu bahasa Melayu.Sektor swasta haruslah peka dan menganjurkan lebih banyak kegiatan bahasa di luar negara atau dalam negara seiring dengan promosi perniagaan atau produk masing-masing.Kegiatan promosi dan pasaran secara terancang akan memberikan pulangan yang merangsangkan perkembangan bahasa Melayu sebaga bahasa ekonomi,sains dan teknologi.Tanda jalan dan papan iklan yang befungsi sebagai tatapan rakyat haruslah menggunakan bahasa Melayu yang betul dan tepat contohnya dari segi ejaan.Dengan adanya cara ini,kita akan dapat mendaulatkan dan memartabatkan bahasa Melayu bukan sahaja di negara kita malah di seluruh dunia.
            Kesimpulannya,langkah yang pragmatik dan berkesan haruslah diambil untuk memartabatkan bahasa Melayu.Kita sebagai rakyat Malaysia yang taat setia kepada negara, kita haruslah bekerjasama dengan pihak-pihak yang menganjurkan aktiviti memartabatkan bahasa Melayu.Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan kita.Kita haruslah memartabatkan bahasa Melayu kerana bahasa Melayu telah memberikan faedah yang besar kepada perpaduan rakyat dan teknologi Malaysia.








No comments :

Post a Comment