Monday, 15 September 2014




Kesantunan berbahasa bermaksud kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan.Selain itu,dalam kesantunan berbahasa,bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri.Kesantunan berbahasa ini amat penting untuk mewujudkan perpaduan di negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum,bangsa dan budaya. Tajuk klip video yang saya muat turun ialah Jangan Begitu Tapi Begini (Budi Bahasa Budaya Kita). Dalam klip video itu, kesantunan berbahasa yang ditunjukkan adalah kesantunan verbal.Kesantunan berbahasa dari segi verbal merujuk kepada percakapan,lisan dan pertuturan.Kesantunan berbahasa verbal harus ditekankan terutamanya semasa berkomunikasi dengan orang lain,menyampaikan maklumat dan sebagainya.Konsep kesantunan berbahasa verbal merujuk kepada semua aspek komunikasi secara lisan.

                                                                               
Seperti yang ditayangkan dalam klip video tentang budi bahasa tersebut,setiap watak dalam video itu telah menggunakan kata-kata yang sopan semasa berinteraksi dengan orang lain dan semasa membantu orang lain.Semasa kita dalam perjalanan ke sesuatu tempat,terdapat seorang orang tua yang membeli banyak barang sampai tidak mampu mengangkat barang tersebut,kita sebagai pemuda yang baik hati haruslah memberi bantuan kepada mereka.Orang tua merupakan warga emas di negara kita.Oleh itu, sebagai bakal warga kesuma, kita seharusnya membantu mereka yang berusia tua. Mereka akan berasa gembira dan senang hati apabila melihat orang lain yang memberi pertolongan kepada mereka serta tidak akan berasa mereka telah dipinggirkan oleh masyarakat.Orang tua sepatutnya mempunyai hak seperti hak kebebasan bersuara.Contohnya,mereka boleh mengeluarkan idea atau buah fikiran mereka yang bernas dalam sesuatu perbincangan.Kita harus menghormati mereka juga kerana mereka merupakan golongan yang lebih tua daripada kita.Pengalaman mereka juga lebih banyak berbanding dengan kita.Contohnya,semasa berkomunikasi dengan orang tua,kita perlu beradab sopan serta bergaul dengan nada suara yang lemah-lembut dan tidak boleh mengeluarkan kata-kata kesat.Oleh itu,kita sepatutnya mempelajari sikap pemuda yang ditayangkan dalam video iaitu membantu orang tua mengangkat barang seperti kata pepatah yang berat sama dipikul,yang ringan sama dijinjing.

            Bukan sahaja menolong orang tua yang berada dalam kesusahan merupakan amalan budi bahasa,tetapi senyum juga merupakan amalan budi bahasa juga,Dalam Dewan Bahasa dan Pustaka,perkataan senyum bermaksud ketawa.Senyum merupakan sejenis aksi yang paling senang dilakukan pada diri sendiri seseorang.Jika kita dapat senyum dalam kehidupan,kehidupan akan senyum pada diri kita juga.Apabila kita senyum,orang lain akan menganggap kita sebagai seorang yang peramah dan mesra.Senyuman dapat menghilangkan stres atau tekanan yang kita hadapi.Kadang kala kita akan rasa penat dan sedih,kita akan lupakan rasa tersebut selepas kita senyum.Senyuman adalah perhiasan batin yang dapat mengindahkan dan menyerlahkan perhiasan zahir yang sempurna.Suasana akan menjadi riang dan orang di sekeliling kita juga turut tersenyum apabila kita senyum dengan mereka.Kita haruslah menunjukkan mimik muka yang gembira supaya lebih ceria seperti yang tergolong dalam kesantunan non-verbal.Apabila kampung mengadakan sesuatu aktiviti seperti aktiviti gotong-royong atau aktiviti membersihkan kawasan kampung,kita sebagai seorang penduduk kampung yang bertanggungjawab wajib melibatkan diri dalam aktiviti yang diadakan oleh ketua kampung.Kerja dapat diselesaikan dengan dalam tempoh masa yang singkat dengan bantuan ramai penduduk kampung berbanding dengan penglibatan segelintir penduduk kampung sahaja.Aktiviti seperti ini bukan sahaja dapat membersihkan kawasan tempat tinggal tetapi juga dapat mengeratkan hubungan antara penduduk kampung.Aktiviti ini juga merupakan agen perpaduan di negara kita.
             
Di samping itu,kita haruslah menggunakan nama panggilan yang betul dan sopan apabila kita meminta bantuan daripada orang lain atau apabila berkomunikasi dengan orang lain tetapi bukan menggunakan panggilan seperti yang ditayangkan di dalam video iaitu ‘Oi’.Panggilan ini tidak sopan,tidak hormat dan kita sepatutnya menghormati orang lain.Kita boleh menggunakan nama panggilan yang betul dalam rutin hidup kita.Contohnya Pak Long atau Mak Long merupakan nama panggilan kepada orang yang lebih tua daripada kita.Apabila kita menghormati orang lain,orang lain akan turut menghormati kita juga.Kita sebagai seorang anak perlu memberi salam kepada ibu bapa apabila kita keluar atau balik dari sesuatu tempat sebagai tanda hormat kepada mereka supaya mereka tidak akan risau.Anak dalam video klip tersebut telah memberi salam kepada bapanya sewaktu dia balik dari luar.Contoh salam yang  digunakan ialah ‘Assamualaikum’ yang merupakan salam dalam masyarakat Melayu di Malaysia.Di rumah,tanggungjawab anak adalah menghormati ibu bapa dan juga menolong mereka membuat kerja rumah seperti menyapu untuk meringan beban mereka.Ibu bapa yang mendidik dan membesarkan kita sejak kecil lagi.Oleh itu,kita harus menghormati ibu bapa dan menjaga mereka apabila mereka tua pada suatu hari nanti.

            Seperti yang ditayangkan dalam klip video tersebut juga,seorang wanita yang sarat mengandung dengan membeli pelbagai jenis barang jatuh apabila berjalan di tepi jalan,dua pemuda lelaki yang baik hati menolong wanita tersebut tanpa menuntut balasan daripada wanita tersebut.Kita sebagai rakyat Malaysia yang berbudi bahasa,kita haruslah menjaga kebersihan tempat awam seperti tandas awam.Tandas awam bukan hanya hak milik kita sendiri,tetapi orang lain juga berhak menuntut untuk menuntut tandas yang bersih supaya dapat menggunakannya dengan selesa.Kita harus bertimbang rasa terhadap orang lain juga.Kita tidak boleh menconteng mana-mana sahaja kerana kita haruslah menjaga kebersihan dan keceriaan rumah mahupun tempat awam.Kita boleh menggunakan kertas lama atau kertas yang tidak digunakan untuk mencatat nota penting tetapi bukan catat di atas dinding.Ini merupakan amalan yang tidak bermoral dan juga menjejaskan imej sendiri serta negara juga.Kita perlu bertolak ansur supaya pergaduhan dan perselisihan faham dapat dielakkan.Seperti dalam video,seorang pemuda A yang lama menunggu untuk mendapatkan tempat letak motosikal berkomunikasi secara sopan dengan seorang pemuda B yang mahu meletakkan motosikalnya di tempat yang telah lama ditunggu oleh pemuda A.Mereka dapat mengelakkan berlakunya pergaduhan kerana mereka menggunakan cara komunikasi yang baik dan bersikap toleransi dalam melakukan sesuatu perkara.
           
            Kesimpulannya,kesantunan bahasa amat penting dalam sesebuah negara untuk mewujudkan sebuah negara yang aman damai,perpaduan dan bebas daripada sebarang perselisihan faham serta pertelingkahan yang boleh menjejaskan hubungan antara pelbagai kaum di Malaysia.Rakyat Malaysia telah lama terkenal dengan amalan berbudi bahasa. Tetapi lama kelamaan budaya ini kian luntur kerana arus kemodenan.Jika kita lihat remaja-remaja sekarang khususnya kurangnya amalan berbudi bahasa dalam diri mereka.Oleh itu, Kerajaan Malaysia mengambil inisiatif untuk memulihkan semula amalan berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat dan remaja khususnya kerana pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara.

 

No comments :

Post a Comment