Thursday, 18 September 2014

Monday, 15 September 2014

Hobiku Badminton




Hobiku bermain badminton. Saya dan abangku sentiasa bermain badminton di depan rumah. Depan rumah saya mempunyai sebuah padang yang besar. Kami sentiasa bermain badminton pada waktu senja kerana masa itulah hari tidak panas. Saya suka badminton sejak saya kecil dan dipengaruh oleh bapa dan abang saya. Mereka mendidik saya masa saya berada di 12 tahun. Bapa juga membeli raket badminton untuk saya. Semasa saya menghadapi stres atau tekanan dalam pelajaran, saya akan bermain badminton dengan keluarga atau rakan untuk tujuan hiburan. Bermain badminton dapat menjalinkan hubungan antara satu sama lain dan juga menyihatkan badan kita.



Salah satu pemain badminton yang saya paling suka ialah Datuk Lee Chong Wei dari negara kita , Malaysia. Saya suka beliau kerana beliau bermain badminton dengan cara yang strategik dan bijak sekali. Walaupun kalah Lin Dan dari negara China, beliau tetap berusaha dan tidak berputus asa.


Langkah-langkah memartabatkan bahasa Melayu

Guru-guru di sekolah sepatutnya mengingatkan pelajar supaya membuat karangan atau penulisan dengan menggunakan standard ejaan yang telah ditetapkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP)untuk memartabatkan bahasa Melayu di peringkat serantau dan antarabangsa.Selain itu,DBP boleh memantau kesalahan tatabahasa dan mengambil tindakan yang sewajarnya.Jabatan kerajaan harus menggesa semua urusan rasmi digunakan dalam bahasa ibunda.Idea Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik(PPSMI)juga harus dilupuskan dan digantikan dengan Memartabatan Bahasa Malaysia dan Memperkasakan Bahasa Inggeris(MBMMBI).DBP juga harus melaksanakan pelbagai aktiviti yang dapat menggapai minat terhadap bahasa Melayu.Aktiviti seperti ‘Sukailah dan Sayangilah Bahasa Melayu’ harus dilaksanakan oleh DBP untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai ‘jiwa bahasa’ dalam sanubari masyarakat.Sikap seseorang amat penting dalam usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu.Seseorang yang berbahasa Melayu dengan fasih dan petah boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu tidak kira di mana seseorang itu berada.Kita haruslah memupuk minat untuk mempelajari dan bertutur dalam bahasa Melayu.Kita juga boleh memartabatkan bahasa Melayu dengan melibatkan diri dalam komuniti atau masyarakat.Kita boleh menyertai bengkel yang diadakan untuk mempromosikan bahasa Melayu yang dianjurkan oleh masyarakat.
            Semua jabatan juga boleh memasukkan modul bahasa,penulisan dan persuratan dalam program amsing-masing.Media massa seharusnya melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai ejen pemantapan bahasa yang baik dalam penyiaran program di televisyen atau radio.Di sekolah,pelaksanaan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran ilmu,selaras dengan perancangan yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Pelajaran Razak 1956.Masyarakat seharusnya tidak boleh menggunakan singkatan dalam sms.DBP memainkan perann yang amat penting dalam usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan di negara kita.Bahasa Melayu haruslah digunakan dalam pelbagai bidang contohnya dalam bidang ekonomi juga.Seluruh pekerja DBP perlu merupakan teladan yang terbaik dengan menggunakan bahasa Melayu dengan betul dalam semua ucapan rasmi seperti dalam setiap mesyuarat.DBP juga harus menjadi monitor dan menggerakkan semua aktiviti pembinaan dan pemantapan bahasa kebangsaan di seluruh negara.Dalam usaha ini,DBP harus sentiasa menasihati kakitangan kerajaan dan media massa supaya menggunakan bahasa Melayu dengan betul dan tepat dalam semua urusan rasmi.
            Mahasiswa dan mahasiswi institut pengajian tinggi perlu bersikap aktif dalam memartabatkan bahasa Melayu.Pelancaran kempen Minggu Bahasa Melayu di sekolah atau di institut akan menarik minat pelajar dan memupuk minat dalam diri pelajar.Kempen seperti Minggu Bahasa Melayu dapat mendaulatkan bahasa ibunda iaitu bahasa Melayu.Sektor swasta haruslah peka dan menganjurkan lebih banyak kegiatan bahasa di luar negara atau dalam negara seiring dengan promosi perniagaan atau produk masing-masing.Kegiatan promosi dan pasaran secara terancang akan memberikan pulangan yang merangsangkan perkembangan bahasa Melayu sebaga bahasa ekonomi,sains dan teknologi.Tanda jalan dan papan iklan yang befungsi sebagai tatapan rakyat haruslah menggunakan bahasa Melayu yang betul dan tepat contohnya dari segi ejaan.Dengan adanya cara ini,kita akan dapat mendaulatkan dan memartabatkan bahasa Melayu bukan sahaja di negara kita malah di seluruh dunia.
            Kesimpulannya,langkah yang pragmatik dan berkesan haruslah diambil untuk memartabatkan bahasa Melayu.Kita sebagai rakyat Malaysia yang taat setia kepada negara, kita haruslah bekerjasama dengan pihak-pihak yang menganjurkan aktiviti memartabatkan bahasa Melayu.Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan kita.Kita haruslah memartabatkan bahasa Melayu kerana bahasa Melayu telah memberikan faedah yang besar kepada perpaduan rakyat dan teknologi Malaysia.








Konsep budaya

Menurut E.B Tylor,budaya adalah kesatuan yang kompleks,mengandungi pengetahuan, kepercayaan dan sebagainya.Budaya biasanya dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti yang ada dalam persekitaran manusia seperti kesenian, barangan, makanan, tarian dan lain-lain.Budaya boleh dibahagi kepada dua iaitu budaya kebendaan dan budaya bukan kebudayaan.Budaya kebendaan merupakan peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah,kereta dan sebagainya.Sebagai contoh,rumah orang Melayu berbeza dengan rumah orang Eskimo.Budaya bukan kebendaan ialah kepercayaan,adat istiadat atau undang-undang.Contohnya,setiap masyarakat mempunyai adat istiadat tersendiri yang berbeza-beza dalam menjalani kehidupan seperti perkahwinan. Budaya bermaksud suatu gelagat, kepercayaan,sikap,nilai dan idea yang dikongsi bersama oleh setiap individu.
Menurut Horton dan Hunt(1988),masyarakat bermaksud sekumpulan manusia yang berdikari, menghasilkan sistem ekonomi yang boleh menampung diri mereka tanpa bergantung kepada orang lain.Kumpulan manusia tersebut tinggal di kawasan yang sama,mereka berinteraksi dan berkongsi budaya.Hunt dan Colander(1996) menyatakan bahawa masyarakat merupakan sebuah badan yang diwakili oleh individu atau ahli sebuah komuniti.Selain itu,Lucy Mair(1965) mendefinisikan masyarakat sebagai satu gagasan yang mempunyai manusia yang berhubung bersama secara kolektif melalui tanggungjawab mereka. Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga (2000),masyarakat merupakan kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu.Masyarakat boleh dikatakan semasa dalam sebuah keluarga ang terdiri daripada datuk,nenek,ibu bapa dan juga anak.Dalam sebuah negara yang mempunyai kerajaan dan rakyat,maka boleh dikenali sebagai masyarakat juga.
Kebudayaan Melayu ialah cara hidup sekumpulan manusia atau masyarakat yang terdiri daripada kaum Melayu.Budaya Melayu sering dikaitkan dengan istilah ‘budi’ dan ‘daya’.’Budi’ bermaksud aspek dalaman orang Melayu yang meliputi akal dan nilai murni.’Daya’ pula bermaksud aspek lahiriah orang Melayu yang mengandungi usaha dan hasilan.Perkataan budaya Melayu merujuk kepada bu + daya.’Bu’ bermaksud asli manakala ‘daya’ bermaksud akal dan fikiran.Budaya Melayu merupakan segala penghasilan masyarakat Melayu dalam pelbagai bentuk.


langkah-langkah meningkatkan budi bahasa

Marcapada ini,amalan budi bahasa dalam masyarakat negara kita semakin luntur. Hal ini dikatakan demikian kerana sikap ibu bapa yang tidak prihatin terhadap kepentingan amalan berbudi bahasa dalam diri anak-anak mereka.Jika amalan budi bahasa ini tidak dipupuk maka negara kita akan dahagakan masyarakat yang saling bersatu padu.Oleh itu,amalan berbudi bahasa ini haruslah dipupuk sejak di bangku sekolah lagi kerana ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.Peranan daripada pelbagai pihak amat penting dalam usaha untuk meningkatkan kesantunan berbahasa di Malaysia yang berbilang kaum.Dalam konteks ini ,peranan vital yang dimainkan oleh institusi keluarga untuk menyuntik amalan berbudi bahasa yang luhur dalam sanubari dan jiwa raga generasi muda yang bakal menerajui pelapis kepimpinan negara memang tidak dapat dinafikan.Bagaimanakah cara-cara untuk memupuk amalan budi bahasa ini daripada terus hilang dimamah zaman?
Dalam usaha untuk meningkatkan kesantunan berbahasa di negara kita,ibu bapalah yang memainkan peranan yang penting untuk mendidik anak-anak sejak kecil.Dengan adanya didikan ibu bapa,maka anak akan memiliki amalan budi bahasa dalam diri sendiri mereka.Selain itu,ibu bapa juga harus menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka.Contohnya,apabila ibu bapa menghormati orang tua di hadapan anak mereka,anak mereka akan secara semula jadinya mengikuti perbuatan ibu bapa mereka kerana ‘bapa borek anak rintik’.Ibu bapa harus menasihati anak mereka supaya menghormati ahli keluarga yang lebih tua seperti datuk dan nenek.Mereka juga perlu mengajar anak supaya menggunakan panggilan yang betul semasa berada di rumah.Ibu bapa mestilah sentiasa membawa mereka untuk mengikuti program seperti kempen dan ceramah yang dianjurkan oleh pihak tertentu yang menjurus kepada usaha untuk memupuk nilai-nilai murni.Jika ibu bapa hanya mengambil ringan akan masalah yang sedang melanda negara kita sekarang maka negara kita akan mengalami satu masalah besar yang akan menyerang negara pada masa akan datang bak kata pepatah’api kecil baik dipadam’.Oleh itu,peranan ibu bapa dalam menangani masalah ini amat diperlukan kerana setiap pembelajaran itu bermula dari rumah dan ibu bapa haruslah sabar dalam mendidik anak-anak kerana ‘belakang parang jika diasah tajam juga’.

            Selain pihak ibu bapa,pihak sekolah juga memainkan peranan untuk meningkatkan amalan budi bahasa di negara kita.Pihak sekolah seperti kelab bimbingan dan kauseling boleh memberi nasihat kepada pelajar agar sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni seperti rajin,tanggungjawab dan sebagainya dalam rutin kehidupan mereka.Cara ini dapat membolehkan pelajar menjadi pelajar yang cemerlang.Guru haruslah memberi didikan moral kepada murid supaya mereka dapat menghayati 36 nilai murni yang terkandung dalam sukatan pelajaran Pendidikan Moral misalnya nilai amanah,nilai kesederhanaan dan lain-lain.Nilai-nilai moral dapat menjadikan pelajar sebagai seorang modal insan yang berakhlak mulia dan juga beradab sopan.
Bekas Perdana Menteri,Tun Dr.Mahathir Mohamed pernah menyatakan bahawa kita perlu mencontohi sikap masyarakat Jepun.Walaupun negara mereka semakin maju, namun, masyarakatnya masih mengekalkan nilai-nilai murni di samping mengamalkan budaya dan adat resam bangsa mereka. Mereka percaya bahawa dengan mengenali asal usul bangsa serta keindahan bahasa dan budaya mereka, mereka dapat melahirkan rakyat yang tinggi semangat cinta akan negaranya.Semangat inilah yang membawa negara mereka kepada kemajuan kerana rakyatnya sanggup berkorban jiwa dan raga demi negara yang tercinta.Jelaslah bahawa dalam usaha untuk memupuk amalan budi bahasa,sekolah memainkan peranan yang penting juga

            Seterusnya,pihak kerajaan memainkan peranan dalam meningkatkan kesantunan berbahasa di negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti orang Melayu,orang Cina dan juga orang India.Pihak kerajaan boleh mengadakan kempen kesedaran atau ceramah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat supaya mereka dapat menyedari bahawa betapa penting sesebuah masyarakat perlu mengamalkan amalan budi bahasa.Hal ini dikatakan demikian kerana kempen-kempen yang diadakan mampu menyedarkan masyarakat tentang kepentingan amalan ini dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita.Masyarakat pada hari lebih mudah dipengaruhi dan dikuasai dengan kempen-kempen yang diadakan.Contoh kempen yang boleh dianjurkan untuk meningkatkan kesantunan berbahasa ialah Kempen Budi Bahasa dan Marilah Berbudi Bahasa. Kempen budi bahasa dan nilai-nilai murni ini merupakan agenda penting kerajaan untuk menyemarakkan dan menyemai semula budi bahasa dan nilai-nilai murni ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Kempen ini haruslah dilakukan secara berterusan dan janganlah sekadar ‘hangat-hangat tahi ayam’.
Kita telah menjadikan amalan budi pekerti sebagai satu asas dan tunjang dalam pelbagai dasar dan falsafah pembangunan negara,dari Rukun Negara sehinggalah kepada Wawasan 2020. Pada 27 Januari 2006, Menteri Penerangan, Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir telah melancarkan Kempen Rukun Negara yang merupakan anjuran Kementerian Penerangan Malaysia.Jelaslah bahawa aspirasi kita dalam bidang pembangunan minda dan rohaniah tidak sejajar dengan realiti kehidupan kita masa kini.Pada 11 Februari 2005,Kementerian Kebudayaan dan Warisan (KEKWA) telah melancarkan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni.Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni sama sekali tidak diwujudkan kalau masyarakat kita berbudi bahasa selayaknya. Terdapat kajian yang telah didapati iaitu Kuala Lumpur telah menjadi bandar raya yang kedua paling biadab.Kajian ini amat membimbangkan.Oleh itu,kempen seumpama ini haruslah diadakan secara berterusan serta giat dan bukannya sekadar ‘melepaskan batuk di tangga’.Oleh itu,diharapkan kempen yang bersungguh-sungguh ini dapat menyemarakkan dan menyemai semula budi bahasa dan nilai-nilai murni dalam jiwa setiap rakyat Malaysia serta meletakkan budi pekerti sebagai satu asas dan tunjang dalam kehidupan seharian kita.
           
            Langkah yang boleh dilakukan untuk membanteras masalah ini ialah melalui media massa.Pada zaman yang menuju puncak ini,semua informasi-informasi yang berlaku di dunia ini mudah didapati kerana kemudahan seperti internet,televisyen dan banyak lagi memberi kita peluang untuk menerokai hal-hal yang berlaku pada masa sekarang.Video atau iklan yang ditayangkan melalui media massa seperti televisyen berupaya untuk mempengaruhi sikap seseorang.Oleh hal demikian,sudah tentulah usaha untuk memupuk nilai murni ini boleh dilakukan melalui media massa.Untuk merealisasikan impian ini,pihak media massa haruslah bekerjasama dalam menjayakan program ini dan sentiasa berjuang untuk kedaulatan negara.Seperti yang sedia kita maklum,televisyen menjadi daya tarikan yang popular dalam kalangan masyarakat di negara kita.Oleh itu,pihak syarikat televisyen haruslah sentiasa memaparkan kebaikan budi bahasa dan kepentingan nilai-nilai murni melalui iklan-iklan di televisyen.Jika pihak media massa tidak bekerjasama dalam mengatasi masalah ini maka amat sukar untuk mewara-warakan masalah yang sedang dihadapi ini kepada masyarakat.Oleh itu, pihak media massa menjadi tempat untuk mendapatkan pertolongan bagi menyelesaikan masalah ini bak kata pepatah’yang berpayung yang ditembak’.

            Masyarakat Malaysia tanpa mengira agama,bangsa dan budaya haruslah memberikan kerjasama kepada pihak kerajaan yang telah berusaha untuk menggunakan pelbagai jenis cara untuk meningkatkan kesantunan berbahasa di negara kita.Masyarakat sepatutnya mengamalkan nilai bekerjasama dan sanggup bertolak ansur untuk mengelakkan perselisihan faham dan pertelingkahan berlaku.Penerapan nilai-nilai ini dalam diri masyarakat dapat menjadikan Malaysia sebagai negara yang aman dan damai.Masyarakat generasi yang lebih tua yang mengamalkan amalan budi bahasa juga dapat mempengaruhi sikap generasi muda pada hari ini.Masyarakat pada hari ini harus mengamalkan amalan senyum kepada orang lain tanpa mengira kaum.Senyum merupakan satu aksi yang paling mudah.Malah budi bahasa yang paling asas iaitu melemparkan senyuman dan mengucapkan terima kasih masih sukar dilihat dalam masyarakat kini.Pihak berkuasa boleh mengadakan kempen 'Kenali Saya' bagi anggota penguatkuasaan dan perkhidmatan kaunter supaya mengamalkan budaya senyum, memperkenalkan diri dan mengucapkan terima kasih.Apabila seseorang itu senyum,orang itu akan nampak mesra dan beradab sopan.Tegasnya,masyarakat berbilang kaum harus berganding bahu bersam untuk meningkatkan kesantunan berbahasa di negara kita.

            Sudah terang lagi bersuluh bahawa dapat disimpulkan bahawa amalan budi bahasa amat mustahak untuk negara mencapai taraf negara maju. Pepatah peribahasa ‘yang merah itu saga,yang kurik itu kendi,yang indah itu bahasa,yang elok itu budi’,bermaksud kepentingan berbudi bahasa dalam kehidupan masyarakat kita.Pepatah ini juga mengatakan bahawa budi bahasa tidak boleh dijual beli dengan sesuka hati.Kita haruslah bersatu padu dalam menangani masalah keruntuhan amalan budi bahasa yang kian serius dalam kalangan masyarakat di negara ini.Semua pihak mestilah memainkan peranan yang penting dalam memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat,bak kata pepatah’bersatu kita teguh,bercerai kita roboh’.Kita haruslah memupuk amalan berbudi bahasa ini di dalam diri kita kerana tidak rugi seseorang itu yang mempunyai nilai-nilai murni kerana ‘hancur badan dikandung tanah,budi baik dikenang juga’.Menjelang tahun 2020, tabiat buruk seperti kegiatan gengsterisme dan bercakap kasar sudah hapus dalam pemikiran setiap rakyat Malaysia supaya negara akan lebih cemerlang,gemilang dan terbilang.Biarlah pepohon terus bergoyang, biarlah matahari terus bersinar dan biarlah negara Malaysia terus disegani kerana ketinggian budi bahasa rakyatnya.



Kesantunan berbahasa bermaksud kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan.Selain itu,dalam kesantunan berbahasa,bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri.Kesantunan berbahasa ini amat penting untuk mewujudkan perpaduan di negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum,bangsa dan budaya. Tajuk klip video yang saya muat turun ialah Jangan Begitu Tapi Begini (Budi Bahasa Budaya Kita). Dalam klip video itu, kesantunan berbahasa yang ditunjukkan adalah kesantunan verbal.Kesantunan berbahasa dari segi verbal merujuk kepada percakapan,lisan dan pertuturan.Kesantunan berbahasa verbal harus ditekankan terutamanya semasa berkomunikasi dengan orang lain,menyampaikan maklumat dan sebagainya.Konsep kesantunan berbahasa verbal merujuk kepada semua aspek komunikasi secara lisan.

                                                                               
Seperti yang ditayangkan dalam klip video tentang budi bahasa tersebut,setiap watak dalam video itu telah menggunakan kata-kata yang sopan semasa berinteraksi dengan orang lain dan semasa membantu orang lain.Semasa kita dalam perjalanan ke sesuatu tempat,terdapat seorang orang tua yang membeli banyak barang sampai tidak mampu mengangkat barang tersebut,kita sebagai pemuda yang baik hati haruslah memberi bantuan kepada mereka.Orang tua merupakan warga emas di negara kita.Oleh itu, sebagai bakal warga kesuma, kita seharusnya membantu mereka yang berusia tua. Mereka akan berasa gembira dan senang hati apabila melihat orang lain yang memberi pertolongan kepada mereka serta tidak akan berasa mereka telah dipinggirkan oleh masyarakat.Orang tua sepatutnya mempunyai hak seperti hak kebebasan bersuara.Contohnya,mereka boleh mengeluarkan idea atau buah fikiran mereka yang bernas dalam sesuatu perbincangan.Kita harus menghormati mereka juga kerana mereka merupakan golongan yang lebih tua daripada kita.Pengalaman mereka juga lebih banyak berbanding dengan kita.Contohnya,semasa berkomunikasi dengan orang tua,kita perlu beradab sopan serta bergaul dengan nada suara yang lemah-lembut dan tidak boleh mengeluarkan kata-kata kesat.Oleh itu,kita sepatutnya mempelajari sikap pemuda yang ditayangkan dalam video iaitu membantu orang tua mengangkat barang seperti kata pepatah yang berat sama dipikul,yang ringan sama dijinjing.

            Bukan sahaja menolong orang tua yang berada dalam kesusahan merupakan amalan budi bahasa,tetapi senyum juga merupakan amalan budi bahasa juga,Dalam Dewan Bahasa dan Pustaka,perkataan senyum bermaksud ketawa.Senyum merupakan sejenis aksi yang paling senang dilakukan pada diri sendiri seseorang.Jika kita dapat senyum dalam kehidupan,kehidupan akan senyum pada diri kita juga.Apabila kita senyum,orang lain akan menganggap kita sebagai seorang yang peramah dan mesra.Senyuman dapat menghilangkan stres atau tekanan yang kita hadapi.Kadang kala kita akan rasa penat dan sedih,kita akan lupakan rasa tersebut selepas kita senyum.Senyuman adalah perhiasan batin yang dapat mengindahkan dan menyerlahkan perhiasan zahir yang sempurna.Suasana akan menjadi riang dan orang di sekeliling kita juga turut tersenyum apabila kita senyum dengan mereka.Kita haruslah menunjukkan mimik muka yang gembira supaya lebih ceria seperti yang tergolong dalam kesantunan non-verbal.Apabila kampung mengadakan sesuatu aktiviti seperti aktiviti gotong-royong atau aktiviti membersihkan kawasan kampung,kita sebagai seorang penduduk kampung yang bertanggungjawab wajib melibatkan diri dalam aktiviti yang diadakan oleh ketua kampung.Kerja dapat diselesaikan dengan dalam tempoh masa yang singkat dengan bantuan ramai penduduk kampung berbanding dengan penglibatan segelintir penduduk kampung sahaja.Aktiviti seperti ini bukan sahaja dapat membersihkan kawasan tempat tinggal tetapi juga dapat mengeratkan hubungan antara penduduk kampung.Aktiviti ini juga merupakan agen perpaduan di negara kita.
             
Di samping itu,kita haruslah menggunakan nama panggilan yang betul dan sopan apabila kita meminta bantuan daripada orang lain atau apabila berkomunikasi dengan orang lain tetapi bukan menggunakan panggilan seperti yang ditayangkan di dalam video iaitu ‘Oi’.Panggilan ini tidak sopan,tidak hormat dan kita sepatutnya menghormati orang lain.Kita boleh menggunakan nama panggilan yang betul dalam rutin hidup kita.Contohnya Pak Long atau Mak Long merupakan nama panggilan kepada orang yang lebih tua daripada kita.Apabila kita menghormati orang lain,orang lain akan turut menghormati kita juga.Kita sebagai seorang anak perlu memberi salam kepada ibu bapa apabila kita keluar atau balik dari sesuatu tempat sebagai tanda hormat kepada mereka supaya mereka tidak akan risau.Anak dalam video klip tersebut telah memberi salam kepada bapanya sewaktu dia balik dari luar.Contoh salam yang  digunakan ialah ‘Assamualaikum’ yang merupakan salam dalam masyarakat Melayu di Malaysia.Di rumah,tanggungjawab anak adalah menghormati ibu bapa dan juga menolong mereka membuat kerja rumah seperti menyapu untuk meringan beban mereka.Ibu bapa yang mendidik dan membesarkan kita sejak kecil lagi.Oleh itu,kita harus menghormati ibu bapa dan menjaga mereka apabila mereka tua pada suatu hari nanti.

            Seperti yang ditayangkan dalam klip video tersebut juga,seorang wanita yang sarat mengandung dengan membeli pelbagai jenis barang jatuh apabila berjalan di tepi jalan,dua pemuda lelaki yang baik hati menolong wanita tersebut tanpa menuntut balasan daripada wanita tersebut.Kita sebagai rakyat Malaysia yang berbudi bahasa,kita haruslah menjaga kebersihan tempat awam seperti tandas awam.Tandas awam bukan hanya hak milik kita sendiri,tetapi orang lain juga berhak menuntut untuk menuntut tandas yang bersih supaya dapat menggunakannya dengan selesa.Kita harus bertimbang rasa terhadap orang lain juga.Kita tidak boleh menconteng mana-mana sahaja kerana kita haruslah menjaga kebersihan dan keceriaan rumah mahupun tempat awam.Kita boleh menggunakan kertas lama atau kertas yang tidak digunakan untuk mencatat nota penting tetapi bukan catat di atas dinding.Ini merupakan amalan yang tidak bermoral dan juga menjejaskan imej sendiri serta negara juga.Kita perlu bertolak ansur supaya pergaduhan dan perselisihan faham dapat dielakkan.Seperti dalam video,seorang pemuda A yang lama menunggu untuk mendapatkan tempat letak motosikal berkomunikasi secara sopan dengan seorang pemuda B yang mahu meletakkan motosikalnya di tempat yang telah lama ditunggu oleh pemuda A.Mereka dapat mengelakkan berlakunya pergaduhan kerana mereka menggunakan cara komunikasi yang baik dan bersikap toleransi dalam melakukan sesuatu perkara.
           
            Kesimpulannya,kesantunan bahasa amat penting dalam sesebuah negara untuk mewujudkan sebuah negara yang aman damai,perpaduan dan bebas daripada sebarang perselisihan faham serta pertelingkahan yang boleh menjejaskan hubungan antara pelbagai kaum di Malaysia.Rakyat Malaysia telah lama terkenal dengan amalan berbudi bahasa. Tetapi lama kelamaan budaya ini kian luntur kerana arus kemodenan.Jika kita lihat remaja-remaja sekarang khususnya kurangnya amalan berbudi bahasa dalam diri mereka.Oleh itu, Kerajaan Malaysia mengambil inisiatif untuk memulihkan semula amalan berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat dan remaja khususnya kerana pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara.

 

Friday, 12 September 2014



Keluarga boleh didefinisikan sebagai satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertalian darah atau hubungan darah.Keluarga saya terdiri daripada lima orang anggota keluarga iaitu terdiri daripada seorang nenek yang saya amat hormati dan sayangi,ibu dan bapa,abang dan juga saya.Saya merupakan anak bongsu dalam keluarga.Saya berumur 18 tahun dan dilahirkan pada 1 Disember 1996 di Hospital Sibu yang terletak di bandar raya Sibu.Saya telah memulakan alam persekolahan saya di Tadika Chung Hua,sekolah rendah iaitu SJKC Chung Hua dan sekolah menengah di SMK Methodist Sibu.

Saya mempunyai sebuah keluarga yang bahagia.Saya berasa amat bersyukur kerana kehidupan saya yang lengkap dengan kehadiran dengan nenek saya,ibu bapa dan juga abang saya.Ibu dan bapa merupakan individu yang amat saya hormati dan sayangi sejak kecil lagi.Walaupun sering kali saya tidak mengikut arahan mereka,mereka tetap akan menegur saya dan menasihati saya dengan penuh kasih sayang,sabar dan baik kerana mereka sentiasa mengharapkan sesuatu yang terbaik untuk saya.Nenek juga menjaga saya dengan baik dan penuh kasih sayang semasa ibu bapa sibuk dengan urusan mereka walaupun beliau sudah tua.Semasa saya berasa sedih,nenek juga akan memberi dorongan dan sokongan kepada saya supaya tidak terus berputus asa.

Bapa saya merupakan seorang mekanik.Beliau berkerja keras untuk menyara keluarga aku.Walaupun menghadapi pelbagai cabaran semasa bekerja dalam masyarakat,dia juga tetap rajin mencari rezeki supaya keluarganya dapat hidup dengan selesa dan baik.Bapa merupakan seorang yang bertanggungjawab kerana dia rajin bekerja untuk menyara keluarga walaupun bersusah payah,Beliau juga seorang yang prihatin kerana menjaga keluarga aku tanpa memarahi kami semasa saya dan abang saya membuat kesalahan tetapi beliau memberi teguran kepada kami supaya kami dapat sedar akan kesilapan kami dan tidak melakukan kesalahan tersebut lagi.Ibu saya seorang suri rumah tangga.Beliau sentiasa memastikan ahli keluarganya tinggal dalam rumah yang bersih dan selesa.Ibu saya juga mempunyai bakat dalam bidang memasak.Saya suka makan lauk-pauk yang dimasak oleh ibu kerana masakan ibu sangat sedap.Ibu sentiasa menjaga kebajikan kami.Semasa saya sudah dewasa nanti,saya haruslah membalas budi kepada ibu bapa saya yang mendidik saya dan member bimbingan serta dorongan sejak kecil lagi.

Abang saya merupakan seorang penjual kereta di Jimisar Motor Autotrade Sibu Sarawak yang menjual kereta berjenama Mitsubishi.Abang saya tidak minat dalam bidang pendidikan tetapi dia mempunyai bakat dalam menjual kereta.Hobinya ialah bermain badminton.Pada masa lapang,dia selalu mengajak saya untuk bermain badminton dengannya di depan rumah.Setiap kali saya memang kalah dia,dia cakap stamina saya tidak cukup….hurmm…Untuk mempunyai stamina yang cukup,dia memberi nasihat kepada saya supaya sentiasa berjoging.Saya berasa gembira dan bersyukur kerana mempunya abang yang amat menyayangi saya walaupun dia kadang kala akan marah saya tetapi dia tetap akan menyayangi saya.Dia juga akan mengajar saya teknik untuk bermain badminton.Bermain badminton bersama telah mengeratkan hubungan antara saya dengan abang saya.Dia membeli sepasang kasut sukan yang sangat cantik kepada saya dan saya akan menghargainya selama-lamanya.

Saya amat bersyukur kerana mempunyai ahli keluarga yang baik,prihatin dan sebagainya.Saya berharap agar hubungan kita akan menjadi lebih erat lagi dan tidak menjadi semakin renggang.Apabila saya dewasa nanti,saya ingin rajin bekerja untuk menyara keluarga saya supaya keluarga saya dapat hidup dalam keadaan yang sangat aman,damai dan selesa.Oleh itu,saya haruslah belajar bersungguh-sungguh sekarang untuk mendapat keputusan yang baik supaya ibu bapa saya tidakbimbang dan risau akan masa kelak saya.Saya berharap saya akan berjaya untuk menjadi seorang guru yang bertanggungjawab dan berjaya.Semoga maju jaya!