Saturday, 28 March 2015

Rubah dan Gagak

Seekor rubah yang kelaparan sedang mencari makanan dalam hutan. Sewaktu berjalan melepasi sepohon pokok, dia terdengar bunyi di atasnya.

Dia mendongak dan ternampak seekor gagak bertenggek di sebatang dahan. Gagak sedang menggigit secebis daging pada paruhnya. Rubah cuba mencari jalan untuk mendapatkan makanan gagak.

Dia berfikir sungguh-sungguh dan akhirnya mendapat satu akal. "Apa khabar, Cik Gagak?" tanya rubah dengan suara yang lembut. 

Gagak hanya memandang ke arahnya dan menganggukkan kepala. "Kamu ialah seekor burung yang cantik," kata rubah. "Bulu kamu sungguh cantik!" Gagak sangat suka dengan pujian rubah. 

Rubah berkata,"jika suara kamu menyanyi semerdu wajah kamu yang cantik, tentu kamu ratu segala burung!" Gagak sangka dirinya memang pandai menyanyi, maka dia pun menyanyi untuk rubah. 

Tetapi sebaik sahaja dia mengangakan paruhya, cebisan daging itu terjatuh ke tanah. Rubah mentertawakan gagak yang bodoh ketika melarikan daging itu.












Cerita Belalang

           Di dalam sebuah taman bunga, terdapat seekor belalang yang suka menyanyi dan menari. Ia berasa gembira kerana dapat hidup di dalam taman yang indah itu. Di dalam taman itu terdapat juga berbagai-bagai jenis bunga seperti bunga raya, mawar, dahlia, kenanga, melur dan cempaka. Taman bunga itu berwarna-warni dan harum. Tiap-tiap hari, belalang akan menyanyi dan menari. Ia akan melompat dari satu pokok ke pokok yang lain. Belalang mempunyai ramai teman di dalam taman itu. Ada rama-rama, kumbang, lebah dan semut. Mereka dapat tinggal di taman itu. Mereka sering bermain dan menyanyi bersama-sama.

           Pada suatu hari, belalang mencari kesemua rakan-rakannya untuk bermain tetapi mereka semua sedang sibuk mencari makanan dan berpindah untuk berlindung sebelum musim hujan tiba. Belalang tidak percaya hujan akan tujun sebentar lagi. Ia asyik menyanyi dan menari sendirian. Setelah lama menyanyi, belalang pulang ke rumah dan tidur kerana keletihan. Hujan turun dengan lebat lalu belalang terbangun. Ia berasa sangat lapar tetapi di
rumahnya tiada makanan.                 
“ Bila hujan berhenti bolehlah saya mencari makanan,” katanya dalam hati. Belalang berbaring semula dan tertidur. Apabila dia terjaga, hujan tetap turun dengan lebat. Belalang berasa menyesal kerana tidak mengikut nasihat rakannya untuk mencari makanan sebelum musim hujan. Akhirnya belalang jatuh sakit. Rakan-rakan belalang tidak mengetahui keadaan belalang yang sakit. Apabila hujan berhenti,lebah teringat akan belalang. Dia keluar dari sarangnya dan pergi ke rumah belalang. Ia amat terperanjat melihat belakang yang terlantar di atas katil di rumah          
 “Saya akan membawa makanan,” kata lebah kepada belalang apabila melihat belalang terlalu lemah dan pucat. Lebah mencari semut dan rakannya yang lain untukmenolong belalang. Akhirnya belalang sembuh dan sihat. Belalang insaf dan sering mendengar nasihat daripada rakannya,






Saturday, 14 March 2015

Komputer 

Aku sekotak komputer. Nama diberi Lenovo. Bentukku seakan-akan sebiji televisyen. Namun aku lebih banyak gunanya kepada manusia dibandingkan dengan televisyen. Badanku dipanggil monitor. 

Selain itu, aku mempunyai papan kekunci, tetikus dan unit pemprosesan data. Banyak lagi komponen lain di dalam badanku. Dalam unit pemprosesan data, terdapat pelbagai jenis program untuk memudahkan setiap manusia membuat sesuatu kerja. Aku digunakan oleh manusia untuk menyimpan data peribadi dan membuat kad-kad ucapan, bermain permainan komputer dan sebagainya. 

Kini aku dijual di sekumpulan kedai komputer di Malaysia. Pada suatu hari, sekepul lelaki telah membeliku dengan harga RM 4500. Dia membeliku untuk memudahkannya menyiapkan kerja di pejabatnya.

Malang tidak berbau. kegopohan tuanku menyebabkan setimbun air telah tertumpah di atas tubuhku. Banyak alatan diriku rosak. Tuanku tidak dapat menggunakan aku lagi. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk memperbaiki diriku.

Seminggu kemudian, aku kembali sihat dan boleh digunakan semula. Tuanku amat gembira dan dia menggunakan aku dengan berhati-hati. 
                                                           Aku Sepasang Kasut

Aku sekaki kasut. Namaku ialah 'PUMA'. Aku diperbuat daripada kain kanvas yang tahan lasak. Aku digunakan oleh manusia untuk dipakaikan di kaki. Aku digunakan untuk melindungi kaki tuanku daripada terkena kaca, lumpur, duri, dan sebagainya. 

Aku berasal dari negara Britain. Aku dibawa ke Malaysia dengan menaiki seekor kapal terbang. Kini aku ditempatkan di sekandang kedai yang dikenali sebagai Kedai Kasut William. Aku dipamerkan di dalam almari kaca. 

Pada suatu hari, sepasang pemuda telah datang ke kedai dan di ingin membeli sekaki kasut. Setelah memilih dan mencuba beberapa buah kasut, akhirnya lelaki itu memilihku. Dia memilihku dengan harga RM 250.

Tuanku meletakkan aku di atas rak kasut dan dia mencuci aku seminggu sekali. Sikapnya yang baik terhadap diriku amat aku hargai. Aku berdoa semoga aku akan berada bersama-samanya hingga ke akhir hayatku. 

Thursday, 18 September 2014

Monday, 15 September 2014

Hobiku Badminton




Hobiku bermain badminton. Saya dan abangku sentiasa bermain badminton di depan rumah. Depan rumah saya mempunyai sebuah padang yang besar. Kami sentiasa bermain badminton pada waktu senja kerana masa itulah hari tidak panas. Saya suka badminton sejak saya kecil dan dipengaruh oleh bapa dan abang saya. Mereka mendidik saya masa saya berada di 12 tahun. Bapa juga membeli raket badminton untuk saya. Semasa saya menghadapi stres atau tekanan dalam pelajaran, saya akan bermain badminton dengan keluarga atau rakan untuk tujuan hiburan. Bermain badminton dapat menjalinkan hubungan antara satu sama lain dan juga menyihatkan badan kita.



Salah satu pemain badminton yang saya paling suka ialah Datuk Lee Chong Wei dari negara kita , Malaysia. Saya suka beliau kerana beliau bermain badminton dengan cara yang strategik dan bijak sekali. Walaupun kalah Lin Dan dari negara China, beliau tetap berusaha dan tidak berputus asa.


Langkah-langkah memartabatkan bahasa Melayu

Guru-guru di sekolah sepatutnya mengingatkan pelajar supaya membuat karangan atau penulisan dengan menggunakan standard ejaan yang telah ditetapkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP)untuk memartabatkan bahasa Melayu di peringkat serantau dan antarabangsa.Selain itu,DBP boleh memantau kesalahan tatabahasa dan mengambil tindakan yang sewajarnya.Jabatan kerajaan harus menggesa semua urusan rasmi digunakan dalam bahasa ibunda.Idea Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik(PPSMI)juga harus dilupuskan dan digantikan dengan Memartabatan Bahasa Malaysia dan Memperkasakan Bahasa Inggeris(MBMMBI).DBP juga harus melaksanakan pelbagai aktiviti yang dapat menggapai minat terhadap bahasa Melayu.Aktiviti seperti ‘Sukailah dan Sayangilah Bahasa Melayu’ harus dilaksanakan oleh DBP untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai ‘jiwa bahasa’ dalam sanubari masyarakat.Sikap seseorang amat penting dalam usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu.Seseorang yang berbahasa Melayu dengan fasih dan petah boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu tidak kira di mana seseorang itu berada.Kita haruslah memupuk minat untuk mempelajari dan bertutur dalam bahasa Melayu.Kita juga boleh memartabatkan bahasa Melayu dengan melibatkan diri dalam komuniti atau masyarakat.Kita boleh menyertai bengkel yang diadakan untuk mempromosikan bahasa Melayu yang dianjurkan oleh masyarakat.
            Semua jabatan juga boleh memasukkan modul bahasa,penulisan dan persuratan dalam program amsing-masing.Media massa seharusnya melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai ejen pemantapan bahasa yang baik dalam penyiaran program di televisyen atau radio.Di sekolah,pelaksanaan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran ilmu,selaras dengan perancangan yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Pelajaran Razak 1956.Masyarakat seharusnya tidak boleh menggunakan singkatan dalam sms.DBP memainkan perann yang amat penting dalam usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan di negara kita.Bahasa Melayu haruslah digunakan dalam pelbagai bidang contohnya dalam bidang ekonomi juga.Seluruh pekerja DBP perlu merupakan teladan yang terbaik dengan menggunakan bahasa Melayu dengan betul dalam semua ucapan rasmi seperti dalam setiap mesyuarat.DBP juga harus menjadi monitor dan menggerakkan semua aktiviti pembinaan dan pemantapan bahasa kebangsaan di seluruh negara.Dalam usaha ini,DBP harus sentiasa menasihati kakitangan kerajaan dan media massa supaya menggunakan bahasa Melayu dengan betul dan tepat dalam semua urusan rasmi.
            Mahasiswa dan mahasiswi institut pengajian tinggi perlu bersikap aktif dalam memartabatkan bahasa Melayu.Pelancaran kempen Minggu Bahasa Melayu di sekolah atau di institut akan menarik minat pelajar dan memupuk minat dalam diri pelajar.Kempen seperti Minggu Bahasa Melayu dapat mendaulatkan bahasa ibunda iaitu bahasa Melayu.Sektor swasta haruslah peka dan menganjurkan lebih banyak kegiatan bahasa di luar negara atau dalam negara seiring dengan promosi perniagaan atau produk masing-masing.Kegiatan promosi dan pasaran secara terancang akan memberikan pulangan yang merangsangkan perkembangan bahasa Melayu sebaga bahasa ekonomi,sains dan teknologi.Tanda jalan dan papan iklan yang befungsi sebagai tatapan rakyat haruslah menggunakan bahasa Melayu yang betul dan tepat contohnya dari segi ejaan.Dengan adanya cara ini,kita akan dapat mendaulatkan dan memartabatkan bahasa Melayu bukan sahaja di negara kita malah di seluruh dunia.
            Kesimpulannya,langkah yang pragmatik dan berkesan haruslah diambil untuk memartabatkan bahasa Melayu.Kita sebagai rakyat Malaysia yang taat setia kepada negara, kita haruslah bekerjasama dengan pihak-pihak yang menganjurkan aktiviti memartabatkan bahasa Melayu.Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan kita.Kita haruslah memartabatkan bahasa Melayu kerana bahasa Melayu telah memberikan faedah yang besar kepada perpaduan rakyat dan teknologi Malaysia.