Rubah dan
Gagak
Seekor
rubah yang kelaparan sedang mencari makanan dalam hutan. Sewaktu berjalan
melepasi sepohon pokok, dia terdengar bunyi di atasnya.
Dia mendongak dan ternampak seekor gagak bertenggek di
sebatang dahan. Gagak sedang menggigit secebis daging pada paruhnya. Rubah cuba
mencari jalan untuk mendapatkan makanan gagak.
Dia
berfikir sungguh-sungguh dan akhirnya mendapat satu akal. "Apa khabar, Cik
Gagak?" tanya rubah dengan suara yang lembut.
Gagak
hanya memandang ke arahnya dan menganggukkan kepala. "Kamu ialah seekor
burung yang cantik," kata rubah. "Bulu kamu sungguh cantik!" Gagak
sangat suka dengan pujian rubah.
Rubah
berkata,"jika suara kamu menyanyi semerdu wajah kamu yang cantik, tentu
kamu ratu segala burung!" Gagak sangka dirinya memang pandai menyanyi,
maka dia pun menyanyi untuk rubah.
Tetapi
sebaik sahaja dia mengangakan paruhya, cebisan daging itu terjatuh ke tanah.
Rubah mentertawakan gagak yang bodoh ketika melarikan daging itu.
No comments :
Post a Comment